Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Lagi 115 kes baharu positif COVID-19, Sabah terus catat kes tertinggi 98 kes

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA, 29 September - Lagi 115 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan, tiga daripada adalah kes import; telah dikesan SEMALAM

Daripada 112 kes penularan tempatan, 98 kes direkodkan di Sabah.

Statistik terbaru itu menjadikan kes kumulatif sebanyak 11,034 manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,011 kes.

Tan Sri Dr. Noor Hisham menjelaskan, daripada 98 kes di Sabah, 46 kes daripada Kluster Bangau-Bangau.

Kesemuanya melibatkan warganegara.

39 kes daripada Kluster Benteng LD, lapan saringan bergejala, dua kes daripada Kluster Pulau, satu kes daripada Kluster Buang Sayang, satu kes saringan petugas kesihatan dan satu kes daripada saringan kontak kepada kes positif COVID-19 ke-11,022.

10 kes lagi direkodkan di Selangor iaitu enam kes daripada Kluster Jalan Apas dan empat kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi, Sabah.

Kedah, Terengganu, Wilayah Persekutuan Labuan turut merekodkan satu kes positif, berkaitan individu baru pulang dari Sabah.

Tiada pertambahan kes kematian dan jumlahnya kekal 134 orang .