Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Kesemua kontak rapat dua kes positif COVID-19 di Jasin jalani saringan dan kuarantin wajib

  • Published in Berita Semasa

MELAKA, 28 September - Kesemua kontak rapat kepada dua kes baharu positif COVID-19 di Jasin, Melaka telah menjalani ujian saringan dan kuarantin wajib di rumah masing-masing.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Rahmad Mariman berkata 28 kontak rapat telah dikenalpasti bagi kes pertama manakala kes kedua, 11 kontak rapat.

Proses disinfeksi di premis dan kawasan terlibat juga dijalankan.

Terdahulu, terdapat dua kes baharu positif COVID-19 dikenalpasti di Jasin melibatkan kawasan Merlimau selepas kedua-dua mangsa pulang dari bercuti di Semporna, Sabah.