Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Mayat manusia dijumpai di pantai sebuah pusat penginapan di Bintulu

  • Published in Berita Semasa

BINTULU, 28 September - Mayat manusia dijumpai di pantai sebuah pusat penginapan di Bintulu.

Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu menerima panggilan daripada orang awam kira–kira pukul 8:20 pagi memaklumkan mayat tersebut sedang dimakan oleh seekor buaya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu, DSP Jame Reis ketika dihubungi RTM mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

Ditanya sama ada mayat tersebut mempunyai hubung kait dengan kes dua orang hilang di Kuala Serupai, beliau memaklumkan keputusan hanya dapat diketahui setelah bedah siasat dilakukan.

Mayat telah dihantar ke Rumah Mayat, Hospital Bintulu untuk bedah siasat.