Saturday, 24 October 2020

updated 9:53 AM UTC, Oct 24, 2020

Belukar Bukit jadi tumpuan kaki 'fly fishing' tempatan dan luar negara

  • Published in Berita Semasa

HULU TERENGGANU, 28 September - Kawasan Belukar Bukit di Hulu Terengganu yang dahulunya lebih dikenali sebagai lokasi perkelahan yang terkenal kini menjadi lubuk spesies ikan air tawar yang menjadi kegilaan kaki pancing layang.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, ia menjadi destinasi wajib dikunjungi setiap tahun termasuk pemancing luar negara.

Menurut beliau, kedudukannya yang mesra pemancing menjadi destinasi pilihan di sepanjang lapan kilometer ke hilir Sungai Berang.

Datuk Rosol ditemui media selepas melawat kawasan Kampung Betong, Belukar Bukit yang menjadi tumpuan kaki 'fly fishing' tempatan dan luar negara.

'Terengganu Fly Fishing Festival' dianjur awal tahun ini dengan disertai lebih 100 pemancing luar negara termasuk Amerika Syarikat, Filipina dan Great Britain.