Tuesday, 27 October 2020

updated 8:55 AM UTC, Oct 27, 2020

PKPDP Zon Melor, Amanjaya, tamat hari ini

  • Published in Berita Semasa


PUTRAJAYA, 27 September- 
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pentadbiran di Zon Melor, Amanjaya, Kedah ditamatkan hari ini.

Penamatan dibuat selepas tiada penambahan kes baharu positif COVID-19 direkodkan untuk tempoh 13 hari sejak 14 September lalu.

Menurut kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 4,931 sampel telah diambil di Zon Melor.

Manakala, bilangan kes positif kekal 13 kes.

Sejak 24 Julai hingga 26 September, 35,991 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

Mereka ditempatkan di 67 hotel dan sembilan premis lain termasuk Institut Latihan Awam serta Institusi Pengajian Swasta.

Daripada jumlah itu, 27,539 individu telah discaj dan dibenarkan pulang.

8,349 individu pula sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 103 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.