Tuesday, 27 October 2020

updated 8:55 AM UTC, Oct 27, 2020

Persekolahan di daerah Kota Setar bermula hari ini

  • Published in Berita Semasa

ALOR SETAR, 27 September - 37 sekolah menengah dan 87 sekolah rendah di daerah Kota Setar memulakan sesi persekolahan semula hari ini setelah tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan Pentadbiran di daerah itu, Jumaat lalu.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan Jabatan Pendidikan Kedah Ismail Othman menerusi kenyataan memaklumkan kehadiran pelajar memuaskan.

Namun, bagi sekolah yang diarah menjalani saringan sebelum ini masih terdapat pelajar yang tidak perlu hadir ke sekolah jika terdapat ahli keluarga yang positif COVID-19.

Warga di 16 sekolah sebelum ini telah diarah Kementerian Kesihatan untuk menjalani saringan ujian pengesanan COVID-19.