Logo

APMM tahan 2 bot nelayan vietnam ceroboh perairan negara

KEMAMAN, 26 September - Dua bot nelayan Vietnam berjaya dipintas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas lebih satu jam mengejar, sejauh 12 batu nautika.

Dua bot terbabit ditahan pada Khamsi lepas di Kuala Kemaman bersama 22 awak-awak dan dua tekong berumur antara 20 hingga 61 tahun.

Nilai ramapsan pula melibatkan hampir RM3 juta.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata dua bot itu ditahan Kapal Maritim Gemia yang melakukan rondaan Ops Iman dan Ops Kuda Laut ketika sedang menangkap ikan secara tunda ganding di sekitar perairan negara.

Semua nelayan asing itu ditahan kerana gagal menunjukkan lesen bot dan dokumen pengenalan diri serta tiada kebenaran menangkap ikan dalam perairan negara.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.