Tuesday, 27 October 2020

updated 8:55 AM UTC, Oct 27, 2020

MB Terengganu jalani kuarantin 14 hari

  • Published in Berita Semasa

KUALA TERENGGANU, 26 September - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjalani kuarantin wajib 14 hari seperti diarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT).

Susulan itu, semua program dan aktiviti melibatkan beliau ditangguhkan sehingga selesai menjalani kuarantin.

Setiausahanya Muhyidin Abdul Rashid dalam satu kenyataan berkata, arahan itu dikeluarkan selepas berlaku kontak antara Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri dengan dua individu positif COVID-19 beberapa hari lalu.

Beliau telah menjalani ujian 'Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction' Covid-19 dan disahkan negatif.

Beliau perlu menjalani satu lagi ujian pada hari ke-13 nanti.

Berikutan itu, beliau dijadualkan akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada Rabu ini secara dalam talian.