Tuesday, 29 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

Semangat toleransi kukuh di Sarawak

  • Published in Berita Semasa

SIBU, 16 September - Sambutan Ambang Hari Malaysia di Sibu, Sarawak disambut sederhana malam tadi.

Sambutan dianjurkan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan pemimpin-pemimpin tempatan lain.

Sambutan kali ini lebih unik apabila terdapat jemputan yang hadir memakai baju tradisional kaum-kaum di Sarawak.

Sambutan turut diserikan dengan lafaz ikrar Rukun Negara dan nyanyian lagu-lagu patriotik.

Penganjur turut mengadakan Program Perpaduan Antara Agama dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion.

Dalam ucapannya, Datuk Amar Jaul menyatakan semangat toleransi dan saling hormat-menghormati amat kukuh dalam kalangan penduduk Sarawak.