Tuesday, 29 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

170,300 Siswazah menganggur pada 2019

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 15 September - Bilangan siswazah menganggur pada tahun lepas mencatat angka tertinggi iaitu 170,300 orang berbanding 2018 hanya 161,300 orang.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim berkata, faktor utama menyebabkan golongan siswazah sukar mendapatkan pekerjaan adalah disebabkan bidang pengajian tidak sepadan dengan keperluan industri.

Bagi mengatasi masalah itu, Jawatankuasa Khas Pekerjaan Nasional telah diwujudkan pada 5 Jun lalu untuk membincangkan inisiatif jangka panjang bagi menyelesaikan isu-isu pasaran pekerjaan yang bersifat struktural.

Persoalan mengenainya dibangkitkan Senator Idris Ahmad.

Bagi membantu golongan siswazah mendapatkan pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan beberapa inisiatif seperti portal perkhidmatan pekerjaan, MyFutureJobs.

Setakat 14 Ogos lalu, 202,117 kekosongan jawatan telah ditawarkan.

Manakala 7,178 siswazah berjaya mendapatkan pekerjaan melalui program penempatan kerja anjuran Jabatan Tenaga Kerja seperti Karnival Kerjaya dan Temuduga Terbuka.