Tuesday, 29 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

Calon PN N.49 Labuk pilih pendekatan secara bersemuka

  • Published in Berita Semasa


BELURAN, 14 September- 
Pengalaman ibu ketika menceburi bidang politik menjadi panduan buat calon Perikatan Nasional, Dewan Undangan Negeri (DUN) N.49 Labuk, Samad Jambri, sepanjang tempoh kempen.

Selain itu, akuinya, gerak kempen secara bersemuka adalah lebih berkesan dalam meyakinkan pengundi.

Pendekatan sedemikian dilihat lebih mesra pengundi dan kesannya adalah daftar pemilih merasa sangat dihargai dan setiap harapan serta permasalahan mereka didengari.

Pada masa sama, formula berkenaan juga dapat memastikan hubungan antara pemimpin dan masyarakat dapat dipertingkatkan.

Jentera parti turut digerakkan bagi memastikan kempen meraih pengundi dilaksana mengikut jadual dirancang.

Beliau ditemui selepas menyantuni penduduk di Kampung Sungai Nangka, di Beluran.

DUN N.49 Labuk menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Samad yang ditentang calon Warisan Plus, Parti Cinta Sabah (PCS) serta Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

Penyandang kerusi ini pada PRU-14 lalu iaitu Abdul Rahman Kangkawang yang menjadi calon Bebas.