Tuesday, 29 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

Pelepasan kuarantin Zon Melor, Zon Mawar ditangguh

  • Published in Berita Semasa

SUNGAI PETANI, 13 September- Proses pelepasan kuarantin dengan pemotongan gelang berwarna merah jambu dan putih yang dipakai penduduk di dua zon di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan secara Pentadbiran di Amanjaya, Sungai Petani, Kedah, yang dijadualkan hari ini terpaksa ditangguhkan.

Ia berikutan terdapat kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan di Zon Melor dan Zon Mawar, lewat malam tadi.

Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook memaklumkan, penangguhan dibuat sehingga siasatan kes berkenaan selesai dilakukan.

Bagaimanapun, proses pemotongan gelang bagi penduduk di Zon Kenanga berjalan seperti biasa, hari ini.

Penduduk di Zon Kenanga diingatkan supaya mematuhi jadual dan lokasi yang telah ditetapkan dan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).