Tuesday, 22 September 2020

updated 9:44 AM UTC, Sep 22, 2020

Gempa bumi lemah di Semporna

  • Published in Berita Semasa

SEMPORNA, 15 Ogos - Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 skala Richter dikesan berlaku di Semporna, Sabah pada 10.01 pagi tadi.

Gegarannya bagaimanapun tidak dirasai majoriti penduduk setempat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Fazizul Hizam Borhan ketika dihubungi berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan berhubung gegaran akibat gempa.

Bagaimanapun, tinjauan mendapati segelintir penduduk di beberapa kawasan di Kunak dan Lahad Datu memberitahu mereka merasai gegaran berkenaan.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata pusat gempa itu kira-kira 14 kilometer barat dari Semporna dengan gegaran mungkin dirasai di Semporna.

Menurut kenyataan itu keadaan berkenaan akan terus dipantau.