Thursday, 21 January 2021

updated 4:29 AM UTC, Jan 21, 2021

PRK DUN Slim: SPR jangka keputusan diumum 10 malam, 29 Ogos

  • Published in Berita Semasa


TANJUNG MALIM, 15 Ogos- 
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim dijangka diumum pada 10 malam, 29 Ogos ini.

Ini dinyatakan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dr Azmi Sharom.

SPR juga menjangkakan kira-kira 70 peratus pemilih akan keluar mengundi pada hari pengundian.

Jelas Dr Azmi, SPR akan terus melaksanakan penambahbaikan pada PRK ini termasuk memaklumkan kepada pengundi untuk keluar mengundi pada waktu yang digalakkan seperti yang tercatat pada kad pengundi bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan penjarakan fizikal.

Garis panduan pencegahan wabak COVID-19 turut dikuatkuasakan di pusat-pusat mengundi dan pusat penjumlahan rasmi undi.

Beliau berharap aktiviti berkempen yang bermula hari ini akan berjalan dengan penuh harmoni serta tidak melanggar undang-undang dan peraturan ditetapkan.