Saturday, 26 September 2020

updated 2:03 PM UTC, Sep 25, 2020

'Kadar pematuhan penduduk Seberang Perai Tengah terbaik'

  • Published in Berita Semasa


SEBERANG PERAI, 15 Ogos- 
Keadaan kes penularan wabak COVID-19 di daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang berada dalam keadaan terkawal dan rata rata penduduk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Demikian kenyataan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superitendan Shafee Abdul Samad berikutan peningkatan kes penularan COVID-19 yang berlaku.

"Bagi saya keadaan masih terkawal."

"Cuma saya nasihatkan kepada masyarakat untuk patuhi SOP, seperti pemakaian pelitup separuh muka dan pelaksanaan penjarakan fizikal."

Beliau mengingatkan penduduk supaya sentiasa menjaga kebersihan serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan beliau menjelaskan kadar pematuhan penduduk di Seberang Perai Tengah berada dalam keadaan terbaik.

Shafee ditemui ketika merasmikan peti polis di Hospital KPJ Penang Specialist di Seberang Perai, Pulau Pinang.