Tuesday, 22 September 2020

updated 11:06 AM UTC, Sep 22, 2020

PRK DUN Slim: Polis puas hati atas kepatuhan kebiasaan baharu

  • Published in Berita Semasa



TANJUNG MALIM, 15 Ogos- 
Ketua Polis Daerah Muallim, Superitendan Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata, pihak polis telah membuat persediaan seawal 5.00 pagi bagi memastikan garis panduan yang ditetapkan dipatuhi.

"Pihak polis telah pun bersedia dan membuat kawalan seawal pukul 5.00 pagi tadi di kawasan tertentu."

"Ini bagi mengawal sebarang perarakan, pergerakan, atau perhimpunan di pusat penamaan calon ini dan saya boleh katakan keadaannya tenang."

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di luar pusat penamaan calon di Tanjung Malim.

Pada masa sama, selain mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) berkempen, beliau juga menasihati calon untuk berkempen secara berhemah dan tidak mengeluarkan perkataan atau tindakan yang berunsurkan hasutan.