Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

PRK DUN Slim: Ketetapan kebiasaan baharu dipatuhi

  • Published in Berita Semasa


TANJUNG MALIM, 15 Ogos- 
Suasana proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di Dewan Seri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) tenang dan berjalan lancar.

Semua ketetapan kebiasaan baharu yang digariskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipatuhi dengan baik.

Malah, pengawalan ketat oleh pihak berkuasa dilakukan di laluan masuk dan di pintu masuk ke dewan MDTM dengan pemeriksaan suhu badan serta mengehadkan jumlah kehadiran.

Individu yang dibenarkan masuk di kawasan pusat penamaan calon turut diwajibkan memakai pelitup muka dan diminta mematuhi penjarakan fizikal.

Cecair pembasmi kuman juga disediakan di beberapa khemah di sekitar dewan utama.

Dalam garis panduan baharu bagi proses penamaan calon PRK DUN Slim ini, hanya calon, seorang pencadang calon dan seorang penyokong calon sahaja dibenarkan memasuki pusat penamaan calon.