Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

PRK DUN Slim: SPR puas hati, penambahbaikan bantu kelancaran

  • Published in Berita Semasa


TANJUNG MALIM, 15 Ogos- 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpuas hati dengan perjalanan proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang berlangsung pagi tadi.

Timbalan pengerusi SPR, Dr Azmi Sharon, berkata, bagi melaksanakan pematuhan terhadap garis panduan pencegahan COVID-19, penambahbaikan turut dilaksanakan sepanjang tempoh kempen berlangsung.

"SPR telah menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihanraya (PP-KPR) selaras dengan Seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954."

"Ini adalah bagi memantau semua aktiviti calon ketika berkempen termasuk pematuhan garis pandauan pencegahan COVID-19."

"Ianya selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuatkuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988."

"SPR telah menyediakan surat Aku Janji untuk ditandatangani oleh calon yang mengandungi 10 janji mematuhi segala peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dan mana-mana undang-undang serta peraturan yang berkaitan sepanjang tempoh berkempen." 

Beliau ditemui selepas selesai proses penamaan calon PRK DUN Slim N.58 di Tanjung Malim.