Sunday, 24 January 2021

updated 11:37 AM UTC, Jan 24, 2021

KEDAH: 139 TABIKA, 2 TASKA ditutup

  • Published in Berita Semasa

SEREMBAN, 14 Ogos - Sebanyak 139 TABIKA dan tiga TASKA Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di empat daerah di Kedah telah ditutup berikutan penularan kes COVID-19 kluster Sivagangga.

Menurut Ketua Pengarah KEMAS Datuk Mohd Yasid Bidin, penutupan itu melibatkan 121 tabika dan dua taska di daerah Kubang Pasu, lapan tabika dan dua taska di Padang Terap, satu tabika di Kulim Bandar Baharu dan lima tabika di Kuala Kedah.

Tambahnya, proses sanitasi turut dilakukan di semua premis terlibat meski belum ada kes positif COVID-19 melibatkan murid prasekolah terbabit.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra Meraikan Sukarelawan penyediaan Peralatan Perlindungan Diri Kemas Negeri Sembilan.