Tuesday, 29 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

Projek naik taraf jalan luar bandar Kedah siap 88%

  • Published in Berita Semasa


KUALA MUDA, 14 Ogos- 
Projek pembinaan Jalan Luar Bandar, Jalan Tepi Sungai Muda dari Simpang Pokok Machang-Kuala Sin, Kuala Muda di Kedah akan dipastikan berjalan lancar.

Ketika ini, kerja pembinaan projek bernilai RM30 juta itu siap 88 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Insan dan Kesejahteraan Masyarakat Negeri, Datuk Siti Ashah Ghazali berkata, projek reka dan bina jalan baharu dengan piawaian Jabatan Kerja Raya itu melibatkan jarak 8 kilometer.

Antara skop kerja projek tersebut termasuk menaik taraf tiga persimpangan sedia ada iaitu persimpangan jalan Teloi Kanan, persimpangan Jalan Sungkup dan persimpangan jalan Kuala Sin.

Beliau berkata demikian semasa meninjau perkembangan terkini projek berkenaan di Sungai Petani.