Wednesday, 30 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

MySejahtera catat 13.9 juta pengguna berdaftar

  • Published in Berita Semasa


KUALA LUMPUR, 14 Ogos- 
Seramai 13.9 juta pengguna telah berdaftar dengan MySejahtera setakat ini.

Manakala 630,000 premis telah menggunakannya sebagai langkah merekod maklumat pengunjung.

Menurut Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NASCA) MKN, Dr Md. Shah Nuri Md Zain, seramai 20 juta pengguna disasarkan akan memuat naik dan menggunakan aplikasi ini.

Jelasnya, lebih 300 juta imbasan aplikasi MySejahtera dikesan sejak ia diperkenalkan, iaitu dengan lebih 1 juta imbasan setiap hari.

"Saya sarankan pada semua rakyat Malaysia agar memuat turun dan menggunakan aplikasi ini kerana wabak ini masih berada di sekeliling kita."

"Sekiranya berlaku sebarang insiden, kita dapat mengesan dengan pantas."

"Malah, pengguna juga dapat memperoleh maklumat dan perkembangan daripada Kementerian Kesihatan dengan lebih cepat."

Beliau ditemui selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia TV1 di Angkasapuri.