Tuesday, 29 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

Penduduk jalani TEMCO di Kedah terima bantuan

  • Published in Berita Semasa


KUBANG PASU, 14 Ogos- 
Perkembangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar Secara Pentadbiran, di Kedah.

Seramai 962 Ketua Isi Rumah yang telah disaring di Daerah Kubang Pasu akan menerima bantuan bekalan makanan fasa 2 pada 17 dan 18 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kebajikan Negeri Kedah, Halimaton Shaadiah Saad, berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Pengagihan Bantuan Bekalan Makanan Fasa 2 di Pejabat Daerah Kubang Pasu, Jitra, semalam.

Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyerahkan sumbangan kepada penduduk yang terlibat melalui Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Selain itu, bantuan turut disumbangkan oleh pihak swasta dan pertubuhan badan bukan kerajaan.

Sebelum ini, sejumlah 800 Ketua Isi Rumah telah menerima bantuan Sentuhan Kasih Fasa 1 di Kedah.

Sehingga kini, lebih 4,000 individu telah disaring di Kedah melibatkan Kluster PUI Sivagangga.