Tuesday, 29 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

Pembangunan sistem maklumat fatwa diperkasa

  • Published in Berita Semasa



LABUAN, 14 Ogos- 
Pembangunan sistem maklumat fatwa diperkasa dari semasa ke semasa, agar fatwa mampu disebar luas kepada masyarakat Islam.

Ia selaras objektif Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dalam memandu Umat Islam ke arah memahami dan menghayati syariat Islam berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dr Luqman Abdullah, berkata, Pejabat Mufti berperanan memberi nasihat dan panduan kepada masyarakat Islam berkaitan permasalahan dan persoalan umat Islam yang melibatkan kefatwaan dan isu negara.

"Kami cuba sedaya upaya untuk menyampaikan maklumat mengenai fatwa ini seluas mungkin kepada masyarakat di Wilayah Persekutuan termasuk di Labuan."

Beliau ditemui pada Program Wacana Semasa anjuran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan.

Lebih 200 peserta terdiri daripada pegawai kerajaan dan swasta termasuk pegawai masjid serta imam yang mengikuti program berkenaan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) Perbadanan Labuan, Hj Rithuan Mohd Ismail.