Tuesday, 29 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

Dua laluan masuk ke pusat penamaan calon akan ditutup

  • Published in Berita Semasa


MUALLIM, 14 Ogos- 
Lebih 500 anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM) ditugaskan pada Hari Penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim, esok.

Ketua Polis Daerah Muallim, Supritendan Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata, penempatan anggotanya bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon selain mengawal ketenteraman awam.

Dua laluan masuk ke pusat penamaan calon akan ditutup iaitu di simpang masuk Majlis Daerah Tanjung Malim dari Jalan Persekutuan dan dari Jalan Wawasan Mesra Perdana.

"Laluan masuk ke pusat penamaan calon juga ditutup."

"Laluan tersebut adalah simpang masuk Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) dari Jalan Persekutuan iaitu berhadapan Petronas Behrang 2020."

"Laluan seterusnya adalah laluan masuk MDTM melalui Jalan Wawasan Mesra Perdana."

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim di Slim River.

Tegasnya, segala aktiviti berkumpul oleh penyokong parti tidak dibenarkan sepanjang penamaan calon dijalankan.