Lindungi premis haram, 3 penguatkuasa direman
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Berita Semasa
PUTRAJAYA, 14 Ogos- Tiga lagi penguat kuasa direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor.
Perintah reman bermula hari ini hingga 19 Ogos, dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.
Menurut sumber, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 40 hingga 43 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya antara pukul 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang semalam, selepas hadir memberi keterangan.
Terdahulu, SPRM telah mendapat perintah reman terhadap enam individu termasuk seorang peniaga selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes yang sama.