Wednesday, 30 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

42 blok rumah warga asing hangus

  • Published in Berita Semasa


SENDAYAN, 14 Ogos- 
Lebih 1,000 pekerja warga asing hilang tempat tinggal setelah rumah kongsi yang didiami mereka musnah dalam kebakaran.

42 blok rumah pekerja merangkumi 840 pintu di Jalan Labu LBJ, Sendayan, Seremban, hangus dijilat api petang semalam.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Ahmad Mukhlis Mokhtar, kesemua penghuni terselamat, kerana berada di tempat kerja masing-masing ketika kejadian.

Empat jentera bomba dengan kekuatan 30 anggota dan pegawai, dikejarkan ke lokasi kejadian.

Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.