Tuesday, 29 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

Kekang provokasi agama, jawatankuasa ditubuhkan

  • Published in Berita Semasa


KUALA LUMPUR, 14 Ogos- 
Pelbagai isu berkaitan penghinaan terhadap agama Islam, ajaran sesat, LGBT dan ateisme sering menjadi sasaran provokasi golongan liberal bagi mengelirukan umat Islam.

Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, satu Jawatankuasa Petugas Penguatkuasaan Isu-isu Semasa Agama di Media Sosial akan ditubuhkan.

Mekanisme terbaharu ini diharap memberi jalan kepada agensi Penguatkuasaan Agama mendepani isu tersebut.

"Matlamat kami bukan semata-mata dan bukan untuk menghukum."

"Tetapi untuk menyelesaikan masalah, agar menuju ke arah kehidupan yang amat harmoni, itu cita-cita kami."

Beliau menyatakannya selepas merasmikan Persidangan Meja Bulat Jawatankuasa Task Force Penguatkuasaan Isu-isu Semasa Agama di Media Sosial anjuran Jabatan Agama islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di ibu negara.

Persidangan itu untuk meneliti dan mengkaji secara mendalam langkah yang boleh diambil terhadap isu kontroversi melibatkan agama Islam di media sosial.

Ia mengambil kira aspek pendidikan atau tarbiah, penerangan, pemulihan, pencegahan serta undang-undang.