Monday, 21 September 2020

updated 1:27 PM UTC, Sep 21, 2020

COVID-19: Tiada laporan kes dari Kompleks Mahkamah

  • Published in Berita Semasa


PUTRAJAYA, 14 Ogos- 
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mengesahkan setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kemungkinan kes COVID-19 dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

"Yang ada ialah mungkin perhimpunan semasa Hari Raya Aidil Adha iaitu Individu Dalam Siasatan (PUI) Sivanggaga, PUI Kluster Kurau, Kluster Seri Meranti dan juga ada yang terkini ialah Kluster Tawar."

"Walau bagaimanapun, kita tidak lihat peningkatan trend secara mendadak jadi apa yang penting ialah tiada laporan yang berkaitan dengan perhimpunan kes tersebut."

Tambahnya, dalam tempoh dua minggu terakhir ini juga tiada pertambahan ketara kes baharu mahupun daripada 10 kluster yang terdapat di Sarawak.

Kementerian Kesihatan juga berjaya mempertingkat keupayaan makmal di Hospital Umum Sarawak bagi membendung penularan jangkitan wabak berkenaan.

Hasilnya, untuk hari kedua berturut-turut, Sarawak berada dalam zon hijau, tanpa sebarang kes aktif penularan tempatan.