Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Alpa, ingkar SOP punca pertambahan kes COVID-19

  • Published in Berita Semasa


MUAR, 8 Ogos- 
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, kealpaan dan ketidakpatuhan rakyat dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan menjadi pencetus kepada peningkatan semula angka kes harian COVID 19 dalam negara.

Lantas, pelaksanaan Kempen Pembudayaan Norma Baharu dilihat penting bagi memupuk kesedaran masyarakat melindungi diri dan membantu petugas barisan hadapan memerangi pandemik tersebut.

Jelasnya, kempen menyasarkan penyebaran maklumat daripada segenap masyarakat, melibatkan pelbagai platform.

Antaranya, media massa, media sosial, papan iklan, jerayawara, program keagamaan, penerbitan poster dan gegantung.

"Kempen akan melibatkan semua lapisan kempimpinan termasuk penghulu, ketua kampung, imam masjid dan AJK masjid, pemimpin masyarakat mahupun rakyat harus bersama meningkatkan kawalan kendiri bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti."

Kempen diteruskan hingga hujung tahun ini.

Beliau berucap demikian semasa menghadiri Kempen Pembudayaan Norma Baharu di Pagoh.