Logo

COVID-19: Malaysia sedia bantu usaha penghasilan vaksin


MUAR, 8 Ogos-
 Kerajaan sedia membantu usaha menghasilkan vaksin COVID-19 di peringkat antarabangsa.

Ia dilaksana melalui pasukan petugas rentas kementerian yang ditubuhkan April lalu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, semasa melancarkan Kempen Pembudayaan Norma Baharu di Pagoh berkata, usaha itu bagi meneroka peluang untuk menjalin kerjasama strategik dengan negara-negara lain dalam penyelidikan dan pembangunan vaksin serta ubat-ubatan COVID-19.

"Saya difahamkan terdapat beberapa negara yang sedang berusaha untuk menghasilkan vaksin."

"Namun besar kemungkinan ia akan mengambil sedikit masa lagi."

Pihak berkuasa juga bersedia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokaliti setempat sekiranya terdapat peningkatan kes baharu secara mendadak.

Ia termasuk trend peningkatan dan pertambahan kluster baharu, iaitu Kluster Sivagangga yang berpunca daripada ketidakpatuhan individu kepada Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah selama 14 hari selepas pulang dari luar negara.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.