Logo

Veteran media meninggal dunia


KUALA LUMPUR, 8 Ogos- 
Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali, meninggal dunia pagi tadi.

Berita tersebut disahkan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, menerusi laman Twitter beliau.

Selain menjadi kolumnis di Sinar Harian, Allahyarham Datuk Abd Jalil juga adalah Profesor Adjung di Fakulti Kemanusian, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.

Allahyarham berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kewartawanan.

Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF).

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.