Tuesday, 22 September 2020

updated 9:44 AM UTC, Sep 22, 2020

Rejimen 504 Askar Wataniah perlu terus diperkasa

  • Published in Berita Semasa


BESERI, 8 Ogos- 
Rejimen 504 Askar Wataniah yang diwujudkan sejak 39 tahun lalu, perlu terus diperkasa seiring peranannya sebagai antara barisan hadapan pertahanan negara.

Bagi meningkatkan keupayaan Askar Wataniah, pengambilan anggota sukarela baharu perlu mengikut sasaran yang telah ditetapkan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, bertitah, keutamaan pengambilan kini ditumpukan di kalangan penjawat awam yang bermastautin di Perlis selain pengambilan di kalangan anak watan negeri.

"Bagi mencapai hasrat tersebut, usaha-usaha pelaksanaan promosi, galakan dan pendedahan hendaklah dilaksanakan dengan lebih agresif."

"Selain itu, saya turut menyeru supaya semua pegawai dan anggota perlu bersama-sama membantu menyebarkan maklumat tepat dan membangkitkan semangat bagi mengembalikan anggota sukarela yang telah lama meninggalkan latihan yang dianjurkan oleh rejimen."

Baginda menyatakan demikian pada Perbarisan Komander dan Pembukaan Latihan Teknikal 70 Rejimen Pakar Askar Wataniah di Beseri.

Turut berlangsung, penganugerahan Tauliah Kehormat dalam Angkatan Simpanan Persekutuan.