Friday, 25 September 2020

updated 2:03 PM UTC, Sep 25, 2020

100,000 anggota polis dijangka terima manfaat

  • Published in Berita Semasa


KUALA LUMPUR, 8 Ogos- Anggota polis berpeluang memiliki rumah sendiri tanpa keluar modal menerusi program Satu Polis Satu Rumah.

Berbeza dengan skim pembiayaan sedia ada, pembayaran bulanan ansuran juga dapat dikurangkan menerusi pelaburan.

Program digerakkan hasil perjanjian persefahaman antara Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) dengan Rafa Global Sdn Bhd.

Ia dimeterai dan disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor.

Menurut Pengerusi KPDRM, Datuk Seri Ayub Yaakob, pemilikan rumah itu menggunakan konsep sewa beli.

Pelaburan perniagaan yang diwujudkan hasil kerjasama membolehkan pendapatan diagih dan ditukar kepada pembayaran.

Mereka juga tidak perlu menyediakan deposit, percuma yuran guaman dan tempat letak kereta.

Ia secara tidak langsung mengurangkan beban anggota terlibat.

Menerusi program itu, kediaman berkonsep mesra alam dan dilengkapi sistem kawalan keselamatan menyeluruh ditawar di bawah harga RM300,000.

Ia dijangka memberi manfaat kepada 100,000 anggota polis.