Tuesday, 22 September 2020

updated 9:44 AM UTC, Sep 22, 2020

12 masjid di Perlis diarah tutup

  • Published in Berita Semasa


ARAU, 8 Ogos- 
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengarahkan kesemua 12 buah masjid dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang dan kawasan berdekatan ditutup sehingga ke satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, penutupan masjid itu dilakukan berikutan berulangnya penularan wabak COVID-19 di negeri berkenaan.

Dalam satu perutusan, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, Solat Jumaat diganti dengan Solat Zohor di rumah masing-masing.

Baginda menyeru, individu yang berada dalam kawasan terlibat, dilarang keluar dari kariah masing-masing untuk melakukan solat atau mengimarahkan masjid di kariah lain.

Tujuh masjid ditutup di DUN Sanglang, antaranya Masjid Al-Rahman, Kampung Simpang Sanglang, Masjid Al-Maghfirah, Sungai Korok, dan Masjid Darul Salam, Kampung Padang Keria.

Manakala tiga buah masjid dalam DUN Simpang Empat iaitu Masjid Putra, Simpang Empat, Masjid Al-‘Ilmi, Sungai Berembang dan Masjid Ameer Fawwaz, Kampung Sungai.

Sementara itu, dalam DUN Guar Sanji, dua buah masjid yang ditutup ialah Masjid Nurul Yaqin, Kampung Chantik Bangun, dan Masjid Nurul Muttaqin, Kampung Che Ok.