Logo

872 penduduk di kawasan Sanglang akan disaring


KANGAR, 8 Ogos- 
Perlis masih memantau rapat keadaan semasa penularan COVID-19 Kluster Sivagangga terutama di Kuala Sanglang.

Jika jumlah kes COVID-19 di negeri itu bertambah, kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO), akan dilaksana.

Sehingga kini, seramai 872 penduduk di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul akan menjalani ujian saringan COVID-19.

"Mungkin kita terpaksa laksanakan kuarantin di rumah atau TEMCO."

"Sekiranya TEMCO dilaksanakan, kita akan perakukan kepada pihak sekretariat peringkat nasional dan jika ada keperluan maka akan diumum di peringkat persekutuan."

Setakat ini, belum ada keputusan untuk menutup dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sanglang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang.

Terdahulu, beliau mengesahkan 11 kes positif COVID-19 di negeri itu termasuk 10 kes baharu.

Seorang daripadanya melibatkan kanak-kanak berusia tiga tahun.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.