Logo

COVID-19: Pembangunan vaksin perlukan pendekatan sains diplomasi


PUTRAJAYA, 8 Ogos- 
Pendekatan sains diplomasi amat diperlukan diperingkat global berhubung proses pembangunan vaksin COVID-19.

Menurut Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, perbincangan Malaysia dengan Amerika Syarikat dan China baru-baru ini dilihat positif ke arah pembangunan projek berkenaan.

Perkembangan itu tidak hanya memberi manfaat kepada negara malah diperluas di peringkat Anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) melibatkan kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan dan perniagaan ke perniagaan.

"Saya sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI)."

"Daripada perbincangan kami dengan kedua-dua Menteri Luar China dan Menteri Luar Amerika Syarikat kita dapat petanda yang agak positif."

Beliau ditemui dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke- 53 Penubuhan Asean di Putrajaya. 

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.