Logo

Tidak terikat dengan mana-mana parti campuran sedia ada

KUALA LUMPUR, 7 Ogos - Bekas Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan parti baharu yang akan didaftarkan secepat mungkin.

Parti itu bersifat inklusif dan tidak akan terikat dengan mana-mana parti campuran sedia ada.

Tun Dr Mahathir selaku Pengerusi parti berkenaan bercakap dalam sidang media khas di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, nama parti belum dimuktamadkan.

Kesemua enam bekas ahli BERSATU yang digugurkan keahlian disahkan sebagai ahli.

Pada Pilihan Raya Kecil Slim, parti tersebut akan meletakkan calon atas tiket bebas.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.