Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Individu yang ada bukti diminta tampil segera bantu siasatan kes Adib

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 7 Ogos - Mana-mana individu atau pihak yang ada bukti yang mendakwa bahawa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim telah ditangkap dan dipukul dalam insiden di Kuil Sri Maha Mariamman pada 2018 untuk tampil memberi keterangan.

Tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, bukti kukuh dan jelas diperlukan sebelum sebarang pendakwaan boleh dilakukan.

Tan Sri Abdul Hamid meluahkan rasa kesal terhadap pihak yang mendakwa Allaryarham Muhammad Adib meninggal akibat dipukul, namun gagal mengemukakan sebarang bukti.

Terdahulu, PDRM telah mencadangkan siasatan semula inkues kes terbabit bagi mendakwa semula 12 suspek menyebabkan kematian Allahyarham Muhammad Adib.