Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Tiada halangan penceramah agama muncul di TV, radio

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA, 7 Ogos - Tiada halangan untuk mana-mana penceramah muncul di televisyen dan radio arus perdana, asalkan individu tersebut mempunyai kelayakan dan diiktiraf institusi agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, dengan pendekatan ini, beliau berharap lebih ramai lagi cendekiawan dan ilmuan dapat berkongsi pandangan bernas tanpa membelakangi hukum.

Beliau ditemui selepas berucap di Majlis Pertemuan Menteri bersama Panel Pakar Penyelidikan JAKIM dan Pelancaran Buku Maqasid Syariah di Putrajaya.

Pada majlis tersebut, beliau menyantuni 120 orang penyelidik sebagai tanda penghargaan atas sumbangan kepakaran mereka dalam memberi buah fikiran pelbagai bidang ilmu.

Sumbangan idea dan ilmu oleh ahli panel-panel pakar ini sedikit sebanyak membantu Jawatankuasa Muzakarah (MKI) dalam memutuskan perkara yang memerlukan pandangan hukum.