Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

LPT3: Kerja awal berlangsung sehingga April 2022

  • Published in Berita Semasa


KOTA BHARU, 7 Ogos- 
Keputusan kerajaan persekutuan meneruskan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) disambut baik dengan harapan mampu merancakkan ekonomi penduduk Kelantan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyambut baik keputusan itu dan berharap ia tidak lagi tertangguh.

"Kita cadang dahulu ia dibina sehingga sampai ke Pengkalan Kubor, PLUS telah beri taklimat kepada kerajaan negeri berkenaan ini."

"Sekiranya ia boleh diteruskan sebagaimana yang dirancang, maka ia merupakan satu perkara yang baik."

Beliau menjelaskannya selepas merasmikan program Jelajah Urusetia Belia dan Sukan, Muafakat Kelantanku Bersih peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor, Kota Bharu.

Isnin lalu Menteri Kanan Infrastruktur yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mengumumkan, pelaksanaan pembinaan LPT3 telah diluluskan dengan kos kerja-kerja awalan keseluruhan berjumlah RM35 juta.

Kerja awal projek tersebut bermula bulan ini dan dijangka siap April 2022.