Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Bantuan makanan diagih kepada penduduk 4 mukim di Kedah

  • Published in Berita Semasa


NAPOH, 7 Ogos- 
Kerajaan Kedah mula mengagihkan bantuan awal pek makanan kepada penduduk terjejas kerana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di empat mukim di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Exco Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kebajikan negeri, Halimaton Shaadiah Saad menjelaskan bantuan diberi semalam di Napoh dan kawasan lain secara menyeluruh hari ini.

Pemberian melibatkan empat mukim di dalam Parlimen Jerlun, Kubang Pasu dan Padang Terap.

Di Kubang Pasu terdiri daripada Mukim Ah, Mukim Binjal dan Hosba diedarkan bantuan kepada 1,257 ketua keluarga.

Di Jerlun pula membabitkan kawasan Megat Dewa iaitu 427 buah keluarga dan Kampung Ulu Sanai di Padang Terap pula membabitkan 93 buah keluarga.

Halimaton menyatakannya selepas menyerahkan 165 bantuan kotak Sentuhan Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat di Napoh.

Pek makanan diserahkan kepada ketua keluarga yang memakai gelang putih dan diedar secara berpusat di lokasi yang ditetapkan.