Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

APM akan diperkasa dengan aset baharu

  • Published in Berita Semasa


SUBANG JAYA, 7 Ogos- 
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), akan diperkasa dengan aset baharu sebagai persiapan menghadapi musim banjir dan kemungkinan gelombang ketiga COVID-19.

Selain memperlengkap anggota dengan pengetahuan dan kemahiran melalui latihan, anggota APM juga bakal menikmati kenaikan bayaran elaun sebagai mengiktiraf peranan dan sumbangan mereka kepada negara.

Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, naik taraf kelengkapan adalah wajar bagi memastikan fungsi APM sebagai barisan hadapan kekal relevan.

"Kita mahu menaiktaraf APM, dan menukar aset yang baharu atau yang tidak berfungsi dengan begitu baik."

Beliau turut memberitahu, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang akan dibuka turut mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelakkan kewujudan kluster baharu ketika menguruskan mangsa yang terjejas.

"Kita akan mematuhi segala SOP yang ditetapkan."

"Kita akan pastikan ada penjarakan fizikal, kemudahan cecair pembasmi kuman, pemakaian pelitup separuh muka dan sebagainya."

Beliau ditemui ketika majlis upacara pemakaian pangkat kepada 14 anggota kehormat dan bersekutu APM lantikan komuniti di Subang Jaya, Selangor.