Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

MOTAC laksana 4 projek pembangunan pelancongan di Gunung Jerai

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 6 Ogos - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melaksanakan 4 projek pembangunan pelancongan di sekitar kaki Gunung Jerai dengan peruntukan RM4.97 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan RMK-11.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri memberitahu, antaranya adalah projek peningkatan kemudahan pelancongan di Pantai Murni Yan dan kerja pembaikan kecil di Homestay Kampung Raga, Yan yang dilaksanakan tahun ini.

Beliau menjawab pertanyaan wakil Jerai, Sabri Azit di Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, MOTAC juga telah memperakukan dua projek pembangunan pelancongan di kaki Gunung Jerai dengan kos RM7.6 juta untuk pertimbangan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri di bawah Rolling Plan Pertama dan RMK-12.

Projek tersebut adalah cadangan pembangunan Ecotourism di Kompleks Jeti Semeling, Kuala Muda dan di Pulau Songsong, Yan.