Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Premis hiburan tidak perlu minta kad pengenalan pelanggan

  • Published in Berita Semasa

MALIM, 6 Ogos - Peniaga atau pemilik pusat hiburan keluarga diingatkan tidak perlu meminta atau mengambil kad pengenalan pelanggan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini,
premis hiburan hanya perlu merekodkan nama, nombor telefon serta suhu badan pelanggan.

Beliau menyatakannya kepada pemberita selepas program taklimat SOP PKPP bersama pengurus dan pemilik restoran serta kedai makan daerah Melaka Tengah.

Sepanjang tempoh PKPP bermula 8 April sehingga 4 Ogos lalu, 82 kompaun melibatkan pelbagai kesalahan melanggar arahan PKPP dikeluarkan.

Antaranya, pemilik premis gagal menyediakan penjaga di pintu masuk untuk memeriksa suhu badan pelanggan dan beroperasi melebihi had masa.