Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Kejadian letupan di Beirut perlu dijadikan iktibar

  • Published in Berita Semasa

MELAKA, 6 Ogos - Kerajaan Negeri Melaka meminta orang ramai untuk mengambil iktibar dari kejadian letupan ammonia yang berlaku di Beirut, Lubnan.

Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali berkata penekanan kepada keselamatan perlu diberikan tumpuan secara lebih serius terutama di kawasan melibatkan projek minyak dan gas.

Katanya, kawasan pelabuhan yang melibatkan bahan kimia adalah berisiko tinggi dan meminta pihak berkaitan untuk melipatgandakan aspek keselamatan di tempat kerja terbabit.

Beliau memberikan reaksinya berkaitan kejadian letupan tersebut selepas menyertai rancangan Bicara Ketua Menteri di RTM.

Kejadian itu mengorbankan lebih 100 orang dan menyebabkan kecederaan kepada 5,000 rakyat Lubnan.