Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

'Pakai hanya di tempat sesak'- Ds Ismail Sabri

  • Published in Berita Semasa


PUTRAJAYA, 3 Ogos- 
Pemakaian pelitup separuh muka hanya diwajibkan di tempat awam yang sesak, bukan ketika berada dalam kenderaan persendirian bersama ahli keluarga atau rakan-rakan.

Justeru, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Dr. Ismail Sabri Yaakob, berkata, saman yang dikenakan kepada individu yang tidak memakainya dalam kenderaan persendirian akan dibatalkan pihak polis.

"Kita ambil contoh lokasi di padang bola."

"Ia merupakan tempat awam tetapi jika ada penjarakan sosial yang begitu luas di padang tersebut, maka tidak perlu memakai pelitup separuh muka."

"Namun pemakaian pelitup separuh muka digalakkan walau di mana pun kita berada."

Mengulas lanjut, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan, pihak polis akan membatalkan saman yang dikenakan kepada individu yang tidak memakai pelitup separuh muka dalam kenderaan persendirian.

Bagi mereka yang telah membayar saman itu, mereka boleh menuntut kembali bayaran saman kepada Kementerian Kesihatan.