Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

COVID-19: Pengunjung restoran berdekatan juga digalak jalani saringan

  • Published in Berita Semasa


ALOR SETAR, 3 Ogos- 
Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr Ishak Hussain, menggalakkan individu yang menjamu selera di restoran terbabit dan restoran berdekatan agar menjalani ujian saringan.

Mereka boleh menjalani ujian saringan COVID-19 di lokasi yang telah ditetapkan iaitu di Klinik Kesihatan Napoh, Sekolah Kebangsaan Megat Dewa, Masjid Kg Bendang Dalam dan Surau Kg Ulu.

Beliau ditemui RTM di Alor Setar.

Menurutnya, sehingga kini lebih 500 penduduk telah disaring.