Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Polis mohon kerjasama penduduk patuhi PKPD Pentadbiran

  • Published in Berita Semasa


PADANG TERAP, 3 Ogos-
 Polis Daerah Padang Terap memohon kerjasama penduduk di kawasan itu untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran seperti yang diumumkan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Polis (DSP) Mulkiaman Manzar dalam kenyataannya berkata, pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sudah ditetapkan.

Tambah beliau, mana-mana Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau individu yang mahu memberikan sebarang bantuan hendaklah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.