Logo

Ingkar SOP, 31 kompaun dikeluarkan di Port Dickson


PORT DICKSON,1 Ogos - 
Sebanyak 31 kompaun dikeluarkan di kawasan peranginan, Port Dickson atas pelbagai kesalahan pelanggaran Prosedur Operasi Standard, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ia hasil operasi selama seminggu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, dalam satu kenyataan menjelaskan, operasi sejak 23 Julai lalu itu meliputi premis di sekitar bandar Port Dickson, Lukut dan Teluk Kemang.

Penekanan diberi terhadap kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.

Kompaun dikenakan serta-merta bagi yang melanggar arahan.

Orang ramai juga diingatkan sebarang aktiviti selepas pukul 12.00 malam, adalah dilarang.

Manakala aktiviti perkelahan tidak boleh melebihi 10 orang dalam satu kumpulan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.