Friday, 14 August 2020

updated 10:57 AM UTC, Aug 14, 2020

'Pelitup muka bukan perubatan boleh digunakan, namun..'

  • Published in Berita Semasa



PUTRAJAYA, 1 Ogos- 
Dalam usaha mengelak penyebaran COVID-19, pelitup muka digunakan untuk melindungi orang yang sihat daripada dijangkiti serta melindungi orang yang dijangkiti daripada merebakkan virus.

Penggunaan pelitup muka bukan perubatan boleh digunakan namun perlu menggunakan tiga lapisan seperti yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, lapisan paling dalam perlu bersifat hidrofilik iaitu menyerap air seperti kapas atau campuran kapas.

Lapisan tengah pula perlu bersifat hidrofobik daripada bahan tenunan sintetik atau lapisan kapas yang boleh menahan titisan cecair.

Akhir sekali bagi lapisan paling luar perlu bersifat menghindar penyerapan air seperti polister yang boleh hadkan pencemaran dari luar masuk ke hidung dan mulut pemakai.

Beliau mengingatkan, pelitup muka tidak boleh dipakai oleh kanak-kanak di bawah dua tahun, kurang upaya dan individu yang tidak dapat menanggalkan pelitup muka tanpa bantuan.